Negara telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengisytiharan penubuhan Malaysia adalah pada 16 September 1963. Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.
Perbezaan agama, bangsa, kepercayaan dan budaya di negara ini bukan penghalang ke arah memupuk semangat patriotik. Bahkan sejarah menunjukkan semangat cinta dan rasa hormat pada negara menjadi pendorong untuk rakyat berjuang menentang penjajahan bagi mencapai kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini. Dalam mendidik dan menyemarakkan patriotisme di kalangan rakyat ianya perlu bermula dari pendidikan seawal kanak-kanak. Untuk mengekalkan kemerdekaan yang dimiliki, semangat patriotik perlu wujud pada seluruh rakyat Malaysia.
Oleh itu, Patriot telah memainkan peranan dengan merancang perbagai aktiviti dan kempen bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotitsme dalam kalangan masyarakat secara berterusan.